Tuesday, July 15, 2008
petang tadi.. aku balik dari shahab.. erm.. tkde ape yang peliknya.. tapi satu pemandangan kehidupan.. buat aku terfikir.. wahai pak-pak menteri.. yang selalu berkata.. betapa aman dan makmurnya Malaysia tercinta ini.. cube try duduk duduk di tempat-tempat awam.. lihat bagaimana sebenarnya kehidupan rakyat..
sebak bile dihadapan aku.. sepasang suami isteri.. yang agak muda.. si isteri sedang mendukung bayi yang comel.. mulus.. di tempat awam yang penuh dengan asap bas.. sayu aku rasa.. tatkala ada seorang insan yang menjejak kaki ke ISS.. beribu insan lain yang penuh dengan kedaifan.. majukah kita? cemerlang, gemilang dan terbilangkah kita?
agak-agak aku yang tidak pernah punya anak.. bayi itu antara berusia 1-3 bulan.. amat kecil.. asyik merengek dan menangis.. tentu sekali bayi itu tidak selesa.. dengan persekitaran yang panas.. asap-asap bas.. perkembangan yang tidak sihat untuk bayi sekecil itu..
pak-pak menteri.. cubalah sekali merasa keperitan hidup rakyat.. demi mencari sesuap rezeki.. anak-anak diabaikan.. keluarga dipinggirkan.. maka tidak hairan jika suatu hari nanti.. masalah sosial akan semakim membelengu..
mereka yang berada di atas.. tidak akan mungkin sekali merasa keperitan ini.. yang perlu berkorban.. hanya lah rakyat.. yang perlu mengubah cara hidup.. juga adalah rakyat.. tetapi golongan itu?
renungkan dengan mata hati.. nilai kan dengan akal.. bukan sekali..
Posted at 11:14 pm by
aniisa_tasnim
Permalink
Monday, July 14, 2008

Your EQ is
133

You are remarkable when it comes to
relating with others. Only the biggest losers get under your
skin.

You
are warm and open. Even when life gets you down, you're unafraid of the
world and its challenges.

You are
comfortable with who you are. And you accept your weaknesses - as well
as the weaknesses of others.

While you are quite stable, you don't respond
perfectly to every bad situation that comes up.

But you have enough emotional intelligence to know
when you need a course
correction.

What's Your EQ
(Emotional Intelligence
Quotient)?

Posted at 10:41 pm by
aniisa_tasnim
Permalink
Friday, July 11, 2008
Aku tidak teruja untuk menonton sepi.. Entah kenapa.. Aku takut sepi seperti cinta.. Tidak serasi dengan jiwa aku.. Namun selepas Asy beria-ia bercerita.. Aku rasa Sepi amat amat mengujakan.. Aku ingin sekali menonton Sepi..
Permulaan yang bukan sepi.. Namun siapa tahu apa yang tersirat dihati.. Ya.. Sepi tidak sebosan cinta.. Malah sepi juga tidak selembab Cinta.. Aku begitu menghayati..
Cerita Sepi itu..
2 kisah yang akhirnya bahagia.. Walaupun bersulam kecewa.. Dan 1 kisah berakhir bukan seperti yang diharapkan.. Tetapi itulah realiti sebuah kehidupan.. Tak selalunya kehendak kita itu adalah takdir.. Dan seringkali takdir tidak menepati harapan dihati..
Aku cuba menggunakan.. Kesemua deria yang ada.. Aku cuba juga.. Menghanyutkan diri dalam diri mereka.. Memprakttikan segala kemahiran yang aku pelajari.. Serta bersikap empati.. Nyata.. Kisah itu dihati..
Kisah yang bukan rekaan pada aku.. Yang sering terlihat di bilahan hari hari.. Cuma kita yang tidak sedar.. Hurrmm.. Terpengaruhkah aku dengan Sepi?
Aku suka pada kata-kata Khalil Gibran.. Yesterday is but today's memory, tomorrow is today's dream.
Sepi di hati aku..
p/s: selepas menonton Sepi.. jiwa aku turut sama menjadi sepi.. mood bertukar sepi.. sampai aku sendiri tak pasti.. orang bercakap denagn aku pun.. aku masih memikirkan tentang.. S.E.P.I.
Posted at 11:43 pm by
aniisa_tasnim
Permalink
Wednesday, July 02, 2008
aku tidak pasti.. adakah itu adalah keikhlasan daripada hati dia atau tidak.. tapi, aku tidak mahu membebankan fikiran aku dengan itu suma.. andainya maaf itu adalah tulus dari hatinya.. hanya Allah saja yang mampu membalasnya..
aku punya salah pada dia.. kerna mempermainkan perasaan dia.. sesungguhnya.. bukan itu niat aku.. aku cuma mahu dia sedar.. hati seorang wanita bukan taruhan.. bukan untuk dipermainkan.. aku mahu dia sedar.. langit itu tidak selamanya cerah.. dan aku ingin sekali melihat egonya itu terhapus kerna seorang wanita..
syukur.. dia tidak mendedami aku.. jika dalam hatinya tetap punya dendam itu.. aku juga tidak mahu tahu.. biarlah itu suma urusan dia dengan Allah.. aku hanya memohon kempunan atas apa yang aku lakukan..
aku faham.. aku tidak sepatutnya mempermainkan dia.. mengatakan bahawa aku sukakan dia.. ya.. aku suka dia.. tp sekadar suka seog adik kepada abg.. suka membaca tulisan dia.. dan suka akan nasihat dia.. maafkan aku.. kadangkala aku khilaf dalam membuat keputusan..
mungkin kerana niat aku tidak diredhai Allah.. semua niat aku tidak tercapai.. malah telah memutuskan silaturahim sesama insan.. sepatutnya.. aku tidak masuk campur kan..
apa yang telah berlaku.. tidak mungkin akan boleh diubah.. aku hanya mampu untuk mengambil suma itu sebagai pengajaran di masa depan.. aku sepatutnya lebih matang dalam berfikir dan membuat keputusan.. walaupun aku tahu, perempuan tidak pernah matang dalam perasaan.. emosi yang didulukan.. aku harap aku mampu berubah..
buat dia.. terima kasih kerana sudi memaafkan aku.. terlalu kekok untuk aku berlaku seperti dulu.. setiap yang berlaku itu punya hikmahnya.. aku yakin.. hidup tak selamanya menjunjung dunia.. andai dia menipu aku.. aku tidak tahu.. tapi Allah mengetahui segala galanya.. semoga kemaafan itu luhur dari hatinya..
aku sudah mampu tersenyum kini.. syukur alhamdulillah..
Posted at 05:15 pm by
aniisa_tasnim
Permalink
Tuesday, July 01, 2008
Reunion aka i.s.L.a.h d.e.h.e.a.r.t.y.
alhamdulillah.. segala puji hanya untuk mu ya Allah.. aku beryukur kerana dengan limpah kurnia mu program reunion ini berjalan seperti yang dirancangkan..
terlalu banyak yang ingin aku kongsi.. setelah tamatnya kehidupan yang suram.. cahaya yang gelap.. kesedihan dan segala kepedihan yang terpaksa aku lalui.. sesungguhnya ini adalah kebahagian dan penyembuh kepada suma duka aku..
bukan senang untuk berkumpul bersama mereka.. walaupun tak semua yang hadir.. dan ada pula yang terpaksa membatalkan di saat-saat akhir.. alhamdulillah.. itu suma tidak menjadi penghalang buat kami..
nasyrul.. semakin temban dan berisi.. padahal dulu kurus kering umpama papan lapis je.. :p naim dah jadi penguat kuasa maipp.. uhuks.. cayalah! ulul dah keje ngn PBA.. anip pun dh keje kt comeron.. wah... kapel ngn ticer ek.. wa caya sama lu :D erm.. ihsan.. dh betambah gila2 skrg.. hehe
yang banat aka pelajar perempuan.. nisa.. aku slalu jumpa dia nie.. so no komen.. tim.. wah.. slalu ym je kan tim.. best bila dpt sembang depan2 nie kan.. mmuahs.. jannah makin cun.. huda dah merasa jd cikgu.. huda nama je satu u ngn aku.. tp kebzan membataskan kami untuk bersua.. huhu.. dbah makin tembam n comel.. jari tue menten runcing kan.. hehe.. nurul pun sama.. terkejut aku bila tau nurul dah bertunang.. aku pun nk jugak... hahahaha
aku teruja bila masuk ke kawasan skolah.. masa merubah kan.. jumpa ngn makcik seha.. makcik kantin dulu.. tanpa segan silu terus dakap makcik seha.. uwa.. rindunya.. itu yg aku rindu ngn islah.. ukhwah tidak terbatas pada status sahaja.. cuma aku terkilan.. aku tidak sempat kerumah pakcik omar.. dgrnya pakcik omar sudah tidak bisa berjalan sendiri.. pernah seseorang bertanya kepada aku.. pakcik omar yg aku ceritakan itu hanyalah tukang sapu sampah.. tetapi kenapa aku terlalu menyayangi dan menghormatinya.. kerana pakcik omar terlalu baik bg aku.. tk penah berkeluh kesah dengan tugasnya.. dan selalu tersenyum.. duduk dibawah pokok mangga dulu. bila pakcik omar lalu.. kerap kami menyapa.. mengusik.. ya aku rindu pada kenangan lalu..
aku kangan bangat pada muallimah maimunah.. guraunya masih seperti dulu.. ramahnya tetap sama.. muallimah ainon, muallimah mahani, muallimah manisah, muallimah faizah.. suma tetap seperti dulu.. malah seperti tidak dimamah usia.. sedang aku pula terasa.. betapa cepatnya masa berlalu..
aku tetap tidak lupa untuk menjenguk kak pah n kak g kat pejabat.. kak pah yang agak riuh itu... wah.. aku rindukan sumanya.. uhuks..
tidak ku lupa juga untuk singgah sebentar di ko'op.. menyapa ust syatir dan pakcik jaga ko'op.. terharunya aku.. bila aku masih diingati.. ;)
tidak ramai ust dan muallim yang aku jumpa.. ust rosli dan muallim nisam saja yg aku kenali.. yang lain.. aku tidak kenal..
dengan ilmu yang sedikit.. kami juga mencuba yang terbaik untuk berkongs ilmu dan pengalaman dengan adik2.. nyata.. nasyrul, ihsan, huda, nasya malah suma memberikan informasi terkini.. nyata.. rakanku suma adalah yg terbaik.. sayang korang.. hehe
selepas selesai agenda diskolah.. kami sepakat menuju ke umah ust anas dan kak naim.. kak naim adalah senior kami manakala ust anas adalah ust kami.. pada satu masa dahulu.. kak naim telah selamat melahirkan anak yang ketiga.. alhamdulillah.. selepas kedua duanya hero.. kak naim dan ust beroleh juga puteri yang dinanti.. =) sejuta kesyukuran..
bila melepaks kat umah ust anas.. faham aje lah.. kononnya hanya sejam.. melarat sehingga ke lima ptg.. dan agenda bermain bowling.. dibatalkan... cuma aku, fatimah dan jannah sahaja yang meronda2 di CS.. itupun hanya sebentar.. kerna hari sudah terlalu lewat.. kul 6.30? lewat? lewat lah kan.. hehe
nanti aku cerita lagi.. mana2 yg terlupa.. aku bersyukur kepada Allah.. setelah segala yang berlaku.. kebahagiaan ini yang aku kecapi.. kegembiraan ini mensirnakan segala kekusutan aku.. aku gembira.. happy.. bahagia.. syukur ya Allah..
Posted at 02:06 am by
aniisa_tasnim
Permalink
Sunday, June 22, 2008
Nasya telah mentagkan aku.. huhu.. ekceli.. soalan nie aku dh baca.. dlm blog danny.. disebabkan aku dah tak ikut usrah.. jadi aku rasa macam tk layak je nak jawab.. aku tamau ade bias disini.. tp disebabkan nasya memaksa supaya aku menjawab dengan jujur nya.. aku gagahkan diri menaip juga ya.. maaf.. andai ada yg tk berkenan di hati kalian.. ini adalah pendapat peribadiku sahaja...
[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?
aku sertai usrah pada pertama kalinya masa form 1.. thn 1999..
memang wajib utk suma student..
[2*] Bagaimana anda boleh menyertai usrah?
suatu kewajipan diskolah.. ekceli aku suka usrah.. tp sum times org yg membuatkan
aku agak malas nk ke usrah.. aku salahkan org ke nie?
[3*] Kenapa anda menyertai usrah?
berpesan pesan kepada kebenaran.. berpesan pesan dengan kebaikkan..
mengingati diri sendiri.. tapi pada aku.. usrah kat universiti skrg.. huwa..
mende2... yang aku dh tau.. dah didedahkan.. aku perlukan
sesuatu yang baru.. yang fresh.. uhuks..
[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah
1. cinta dan rindu
2. pengetahuan
3. pengalaman
[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah
1. ilmu
2. pengetahuan
3. peringatan
4. ukhwah
5. kasih sayang
Peraturan tag:
1. Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
2. Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
3. Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
4. Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
5. Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
6. Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain
Maka dengan ini saya ingin mengtag 5 insan terpilih ini:
hafiz
Fatimah
Fitrah
Tasneem
aalim_99
Posted at 11:34 pm by
aniisa_tasnim
Permalink
Tuesday, June 17, 2008
aku dah lama cari lagu nie.. dgr dulu masa form 3..
tk jumpa mp3.. ade lirik saja.. hayatilah..
Album : Raspodi Perjuangan
Munsyid : Alarm Me
Teman ketawa di mana-mana
Sahabat berduka sukar dicari
Entah ke mana menghilangkan diri
Pabila ujian melanda
Erti harga sebuah perjuangan
Kepahitanku dalam menegakkan
Kebenaran keadilan perubahan
Akan ku tetap teruskan jua
Kami tak rela dinoda
Lihat kezaliman melanda
Kuatkan azam di jiwa
Kebenaran dibela
Sematkanlah janji-janji
Kini yakinkanlah diri
Perjuangan suci murni
Kemenanganmu nanti
Apalah guna kau berdiam diri
Arus perubahan tak tertahan lagi
Usah dibiarkan kita dipermainkan
Kelak kan membawa seribu penyesalan
Posted at 02:56 am by
aniisa_tasnim
Permalink
Monday, June 16, 2008
tahukah dia apa yang ada dalam hatiku? tahukah dia apa niat didalam hati aku? tidak kah dia terasa jika itu hanya sangkaan buruknya padaku? memfitnahi aku?
biarkan air mata ini mengalir.. kerna ku tidak berdaya menyeka..
ya Allah.. aku meyakinimu.. meyakini janji-janjimu.. hilanglah gundah dihatiku.. leraikan lah resah dijiwaku.. hanya engkau yang maha mengetahui.. apa yang tersirat didalam hatiku..
jauhkan lah aku dari sifat berburuk sangka.. jauhilah aku dari dendam sesama manusia.. redhakanlah aku atas ujianmu.. kerna ku yakin ada hikmahnya..
aku teringat pada lagu..
teman ketawa dimana-mana
sahabat berduka sukar dicari

untuk semua sahabat aku..
aku bertuah punya kalian..
terima kasih..
alhamdulillah..
Posted at 05:40 pm by
aniisa_tasnim
Permalink
aku tidak pernah terfikir.. air mata aku akan mengalir kerana dia.. dia yang ku anggap dan ku sayang seperti kakak sendiri.. tidak pernah aku tersangka.. dia yang aku sayang.. macam aku sayang kak aniss dulu akan mendedami aku..
ya Allah... tabahkan hati aku.. redha kan aku atas apa yang terjadi ini.. sesungguhnya aku hanyalah hambamu yang lemah.. seringkali tersalah dalam menafsir.. khilaf dalam membuat keputusan..
buat dia.. ukhwah itu kerana Allah.. keikhlasan itu kerana mukmin itu bersaudara..bukankah apabila kita meringankan beban manusia di dunia.. Allah akan meringankan beban kita disana.. aku tidak perlu nilaian harta.. untuk apa yang aku lakukan pada dia..
pada dia.. aku mempermainkan hati dan perasaan dia.. aku menikam dia.. dan aku mentertawakan dia.. ya Allah.. beratnya tuduhan yang dilemparkan itu.. aku tak mampu menanggungnya.. berikan aku kekuatan dan ketabahan.. aku redha ya Allah.. jika ini kifarah di atas dosa-dosa aku slama ini..
aku.. tidak pernah mahu mempermainkan dia.. tidak pernah mahu menikan dia.. jika penejelasan aku tidak boleh diterima.. hanya padamu saja ya Allah.. aku pohon pertolongan.. Bukakanlah mata hatinya.. Berikan hidayah padanya.. padaku jua.. agar kebenaran itu bisa terlihat..
aku minta maaf andai aku yang bersalah.. dan aku juga tetap memaafkan dia.. aku tidak pernah mahu berdendam..
Posted at 02:53 pm by
aniisa_tasnim
Permalink